Ya Allah,
Penuhilah hatiku dengan cinta dan rindu,
Cinta dan rindu pada-Mu dan Rasul-Mu,
Cinta dan rindu pada bisikan kalam-Mu,
Cinta dan rindu pada kematian.
Ya Allah,
Andai aku ditakdirkan mati,
Matikanlah aku dalam iman,
Matikanlah aku dalam Islam,
Matikanlah aku ketika aku bersujud pada-Mu,
Dan matikanlah aku di dalam rumah-Mu.
Ya Allah,
Terimalah taubatku ini,
Kerana aku,
Aku takut dengan azab-Mu,
Aku takut dengan panasnya api neraka-Mu,
Mana mungkin dapat aku menahan sakitnya azab-Mu,
Aku takut Ya Allah.
No comments:
Post a Comment